Princess Ganga has a lot to say. Opinionated and unapologetic on what she believes as the truth, she spreads her wisdom and ever-mounting experiences to her subjects. This is an animal friendly, anti-racism, anti-sexism, LGBTQIA-safe blog.
06 February 2011
Interlok by Abdullah Hussain - Pandangan Saya
Novel Interlok Karya Abdullah Hussain ini sememangnya menimbulkan banyak kontroversi dalam kalangan masyarakat India. Perasaan amarah yang tiada batasannya, peraasan sedih pilu bagi sesetengah, bagi saya - saya tergolongan dalam masyarakat India yang memang kecewa dengan pernerbitan novel ini kerana is menunjukkan lembaga penapisan untuk karya bertulis tidak diperuntukkan dengan ketat. Ia juga menunjukkan novel ini hanya ditapis oleh penapis yang berbangsa Melayu. Seharusnya, negara yang bermulti kaum seperti Malaysia perlu rekrut penapis yang terdiri daripada Orang Melayu, India dan Cina supaya pengeluaran buku boleh diterima oleh masyarakat umum. Apa, panel penapisan karya bertulis hanya terdiri daripada orang Melayukah? Ataupun panel ini tidak wujud langsung di negara kita?
Saya memang kecewa dengan reaksi dari kalangan masyarakat bukan India kerana ramai yang setuju dan gembira dengan pengunaan perkataan 'pariah' itu! Ada segelintir masyarakat bukan India menggunakan peluang ini sebagai alat untuk mebuli dan mencerca masyarakat India. Kumpulan yang sama inilah mempunyai perasaan animositi terhadap kaum-kaum yang lain. Mereka adalah orang yang extrimis yang perlu dididik tentang nilai murni perpaduan dan kerjasama antara kaum. Dah 50+ tahun hidup selesa bersama kaum yang lain mengapa perlu kecaikan tali perpaduan ini dengan menyalurkan buku ini kepada pelajar? Jangankan pula mereka ingat ini hakikat sebenar! Jangan pula mereka ingat buku ini sebagai satu propaganda untuk mencetuskan perasaan animositi terhadap rakan-rakan mereka.
Asal perkataan pariah membawa maksud yang amat hina. Dan penulis novel ini pula dengan senangnya menggunakan perkataan ini seolah-olah SEMUA masyarakat kaum India berasal dari kasta rendah. Penulis telah melakukan kesilapan yang amat besar. Tidak semua orang India berkasta pariah malah majoriti masyarakat India yang hijrah ke Malaysia pada tahun 1920-an berkasta baik. Bukan semua hijrah ke sini untuk bekerja sebagai buruh di estet ladang getah, ramai lagi yang berhijrah ke sini untuk bekerja sebagai guru-guru untuk sekolah vernakular Tamil dan kerani di jabatan. Ada yang mari ke Malaysia sebagai pegawai pengurusan. Keluarga saya adalah salah satu contoh. Nenek moyang saya merupakan golongan yang berpelajaran dan kaya - adakah kami berkasta rendah? Tidak sama sekali.
Semenjak orang India berhijrah ke Malaysia, sistem kasta telah pun tidak begitu lagi dipraktiskan. Dalam kalangan ortodoks, ya mungkin tetapi yang telah maju dan moden kami tidak mengambil serius isu kasta ini - malah kami tak pedulikannya pun!
Untuk membangkitkan isu ini dalam novel setelah ianya dilupakan memang menghinakan masyarakat kaum India.
Cadangan saya, tidak perlulah membakar atau ban buku itu tetapi saya berharap buku itu tidak lagi digunakan di sekolah. Sebagai buku stand alone atau sejarah memang buku ini bagus tetapi bukan sebagai novel sastera di sekolah.
What are we teaching our kids man???
Apa kata kita guna novel Salina karya A.Samad Said? Saya menerima review yang baik daripada cikgu BM saya yang juga berbangsa India. Malah, ada juga rakan-rakan saya(yang majorit bukan Melayu) mengatakan novel ini sangat menarik! Apa kata kita guna novel ini instead?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Review ~ The Girl in the Ice by Robert Bryndza
I'd give this 3.5 stars. It's his first book so there's that. The plot ran smoothly with realistic dynamics between character...
-
How long has it been since I've done one of these? Ages, as it stands. Bausch and Lomb is hailed as the royalty of contact lenses. ...
-
Forget about the movie. I wanna talk about the real person who had gone through hell. Brandon Teena was a gay youth who died in 1993. Her ...
-
This is is the manga I have been talking about in here: http://talesofaluciddreamer.blogspot.com/2011/05/99-facts-about-guys.html This ma...
No comments:
Post a Comment